page

Cute Cherry

suke ke blog ni ? like kan ea..thank awk ..

they are a part of me :)

22 Oct 2011

lelaki :)

at 17:24
Lelaki romantik lebih menarik perhatian wanita kerana mereka biasanya pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata. Lelaki jenis ini adalah sungguh selesa untuk didampingi dan merasa diri dihargai dan disayangi. Semua wanita mendambakannya walaupun wanita ini dari jenis yang rugged, aggresif dan lincah.

Cara untuk mengenali lelaki adalah mereka mempunyai ciri-ciri yang berikut :

1. Lelaki romantik suka menonton cerita-cerita yang bertemakan cinta.

2. Lelaki romantik mudah mengucapkan sayang kepada pasangannya.

3. Lelaki romantik akan memeluk isterinya lebih dari tujuh kali sehari.

4. Lelaki romantik sering memberikan kejutan kepada pasangannya seperti memberikan hadiah pada hari-hari bersejarah mereka berdua seperti pada hari kelahiran, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.

5. Lelaki romantik akan sentiasa ingat kepada pasangannya ketika mereka berjauhan dan akan membelikan sesuatu kepada pasangannya jika mereka pergi ketempat yang jauh.

6. Lelaki romantik akan memegang konsep lady’s first. Mereka akan mendahulukan pasangan dalam apa jua hal sebagai tanda menghargai dan menghormati pasangan.

7. Lelaki romantik sangat setia pada pasangan.

8. Lelaki romantik biasanya memanggil pasangannya dengan panggilan manja dan lembut.

9. Lelaki romantik akan mengajak pasangannya berbicara jika melihat wajah pasangannya tidak ceria.

10. Lelaki romantik biasanya ikhlas dalam memohon maaf sekiranya mereka melakukan kesalahan kepada pasangannya.

11. Lelaki romantik akan sedaya upaya tidak akan melakukan kesalahan kepada pasangannya kerana mereka tidak akan sanggup melihat pasangannya terluka dan bersedih.

haziqah berkata terima kasih ♥♥

0 10000 yang berkata:

Post a Comment

.ASSALAMUALAIKUM.
.awak leh tak tinggalkan comment kat bawah ni ?.
SATU pun jadi lah..haha :3

 

♥haziqahtaib♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea

copyright by owner haziqah taib