page

Cute Cherry

suke ke blog ni ? like kan ea..thank awk ..

they are a part of me :)

11 Dec 2012

^________^ rindu aku tak ?

at 14:03 2 10000 yang berkata
 

Tak tau kayy nak letak tajuk apa sebab post ni random. Macam macam cerita aku nak cakap. Tu yang main hembus je. Haha. Eceh eceh, kata haritu nak update hari hari. Ni apa citaa ? Tak,aku bukan taknak update. Tapi tau lah kan. Busy memanjang. Biase lah budak dah abis sekolah. Sentiasa nak tengok tv. Bukan taknak update,tapi aku malas nak bawak lappy turun bawah. Tau lah kan. Budak malas. :')

Hari tu sambut birthday Iffah. Ada kek bagai. Pastu ada Af'rinaaa Rusdii :) .Dia comel macam dulu. Lama gila tak jumpa dia. Huhu. Pastu aku menumpang pulak dekat rumah Izzati. Suka kacau mak dia. Haha. Keluarga yang sangat baik dan bahagia. Siapa yang takda rumah pegi lah duduk kat rumah dia. Free je kot. Nak number dia text aku kayy.

Sekarang memang tengah busy nak amik lesen kereta bagai. Bapak aku kemain beriyaa dia suruh aku amik lesen kereta. Dia kata senang nak jumpa boyfriend kau. Haa ye lah tu. Pastu dia kemain beriyaa berangan katanya kalau ada lesen nanti boleh bawak dia pergi jalan jalan, jaga dia , meeting sama sama. Haha. Berangan je lah bakap aku ni. Tunggu birthday iffah dulu baru pergi pecut amik lesen kereta bersama sama. Lela kemain tak sabar nak amik lesen. Haa. Bagus ah lela.. Nanti nak kemana mana kite order je kayy,awak bawak.

Aku rindu semua benda lama yang aku pernah ada. Aku rindu henset lama aku. Aku rindu kening lama aku *setelah izati cabut beberapa helai,jahat !*. Aku rindu kawan kawan aku.. Haa ni yang sedih ni. Setiap tahun mesti berkurang sorang demi sorang. Asal erk ? takpe lah. Apa yang berlaku ada hikmahnya kan. Sekarang tinggal beberapa je kawan kawan saya.Dah Dah..jangan nak mengada ngada nak pergi lahgi kayy korang.

Yang paling penting. Aku rindu wan yang lama. Sangat rindukan dia. Jarang text. Jarang call. Entah lah. Kadang kadang aku rasa macam aku takde pakwe. Aku text dia,pehh bukan nak balas seyh. Kawan kawan aku tanya kenapa tak tinggilkan je. Aku sayang dia lah,mana boleh tinggalkan dia. :'(

dear awak,
thanks for the 3 month ,2 week and 3 days , saya sangat gembira sekali. Awak paling lama tau dalam banyak banyak man yang saya pernah ada. Kalau awak dah tak suka, please bagitau saya. Nanti saya akan cuba untuk lupakan awak. Walaupun hakikatnya saya yakin yang saya takkan boleh buat itu. Saya sayang awak sangat sangat.
love,
haziqahtaib :)

orang tanya aku, nape tak bubuh inrelationship kat fb ? Aku jawap je taknak sebab nanti kau add dia. Haha..aku tak suka orang add pakwe aku,nanti aku jelly :3

so that all for today. i love you readers. come again yaa..don't be shy :')


haziqah berkata terima kasih ♥♥

2 Dec 2012

tolong kay :'(

at 23:40 0 10000 yang berkata
entry ni khas untuk kau sorang je






first,aku nak kau tau yang aku dah tak tahan dengan semua ni, aku bukan nak burukkan kau ke ape,but ye lah kan..aku rasa macam kalau aku tak luahkan, aku takkan puas..sorry kay kalau bende ni buat kau tersinggung

second,cube lah paham, aku takkan sekali kali nak rampas pakwe kau ke hape..aku bukan nak sangat kat pakwe kau tu..yang aku nak abang dia * dulu lah *..memang aku mengaku yang aku pernah kawan dengan bf kau tu,tapi tu pun dia yang carik number aku,aku tak mintak number die.tu pun masa kau putus dengan dia dan kau couple dengan budak satu kelas dengan aku..masa tu aku bukan nak masuk jarum ke hape..takda niat kayy..

third,aku dah tak contact boyfree kau tu lah..dah lama kot..sejak aku rapat dengan boy..tu pun tahun lepas..aku memang dah takde number boyfree kau tu lah..dan aku takkaan nak number die lagi..sebab dia kau punya dan aku tahu tu sangat sangat

forth,tolong lah..kau kutip lah pakwe kau tu..aku memang takkan nak kat dia.yang aku mintak,kau tak kacau hidup aku dan aku pun takkan kacau hidup kau..aku tau yang kau ni baik..kau pernah kan bagi sikit makanan kau dekat aku..aku ingat lagi lah..

-aku mintak maaf kalau aku ada buat salah dengan kau-

iklas dari aku 
haziqahtaib :)


haziqah berkata terima kasih ♥♥

30 Nov 2012

sekolah ! aku akan merindui kau :'D

at 19:52 0 10000 yang berkata







hai awak :D
still remember me ? pehh..berhabuk lah blog ni..takpe takpe..lepas ni dah tak berhabuk sebab hari hari kang ziqa update..haha..*aisyeh macam ade orang nak bace kan ?*

amacam exam ?
pehh..macam biasa lah kan ? mana ada exam senang nak mati..susah tu belambak sangat..soalan dia macamm perhhhhhh..eh eh..tak lah..gurau je..susah lah soalan tahun ni :'(

anyway peperangan telah tamat..segala nota nota telah dimasuk dalam kotak,segala ilmu ilmu dan formula telah keluar selepas keluar dewan,segala buku buku..err masih di tempatnya tetapi bakal dikitar semula..so..this is the awesome time..woohoooo :D

mama cakap lepas ni boleh tengok tv sampai tak tito..oke..saya sahut cabaran itu..dan jangan harap saya nak bagi sapa sapa remote tv tu..itu haziqahtaib punya ! haha..bapak gila jahat :3..alah..bukan selalu kot dapat tengok tv..kan kan :D

to my ex school ,
i will miss you forever n ever , but i 'takda hati' want go back to you ! because your examination is quite 'susah'..so good bye :'D
                          your love,
haziqahtaib

berita gembira bila ada budak yang exam dia lambat abiss..wooo...kesiann seyhh..tu lah..aritu masa exam ict kemain perli perli kami yang baik ni..sekarang apa dah jadi ? budak sekolah lagi lah awak kan..kesian..it's oke,,pengawas peperiksaan setia tunggu awak..


dah abis sekolah erk...teringat masa zaman kecik kecik dulu..kecik ke ? salah lah..masa zaman Tinggi dulu..masa form 1,kene duduk kat luar,cium pintu..haa tengok,,masa form 1 pun cikgu nak buli kan..sampai hati..:'(..ingat lah dating kat depan sekolah..haha..kantoi...ngan abg angkat kesayangan..pastu saya buli budak budak..ingat masa first time jumpa pakwe yang pertama tapi bukan terakhir..jumpe pulak ngan pakwe kedua..haha..kisah lama k..>.<..pastu tersangkut dengan msbmf :D *nanti kite cite k*

tersangat banyak kenangan kat sekolah.. :D
time to say goodbye :')



haziqah berkata terima kasih ♥♥

16 Oct 2012

5.11 makin hampir

at 00:08 0 10000 yang berkata

korang :)

hai awak awak dan awak :')
ni baru balik dari UTM..sumpah gila best kat sana..ada akak akak comel..abang abang hensem..lagi lagi abang yang sama nama dengan saya..#ehh
tak tak..gurau gurau je..:)

exam semakin hmpir..yaa..betul sangat tu..
saya takut..sangat sangat..
#eceh..takuttakut tadi tak datang sekolah jugak

sesi untuk meminta maaf

family kesayangan
sorry kadang kadang tu kurang ajar..bukan nak kurang ajar..tapi tau kan..kita ni yang pemalas sangat sangat..kena cakap banyak banyak kali baru faham..sorry ea..kalau ada yang teramik ke,terape ke..harap halalkan..

guruguru yang dihormati
cikgu yang saya sayang..terima kasih selama ni bagi ilmu untuk saya..saya tau kadang kadang saya banyak sangat merepek dalam kelas..tapi cikgu tetap berusaha untuk berjaya kan saya..cikgu tetap nak tengok saya capai cita cita sayang yang ingin menjadi penjaga zoo tu..cikgu banyak bersabar dengan saya bila saya tak bawak buku dan tak buat kerja sekolah..mungkin kali ni adalah tahun terakhir saya belajar di sekolah..saya janji yang saya akan lulus dengan cemerlang dengan semua mata pelajaran yang saya amik..*terutama addmath*

rakan rakan tingkatan 5
gempakkan tanjung datuk tahun ni kawan kawan.memang lah tahun ni kita kena ktuk..katanya tahun lepas lagi bagus dari tahun ni,but..it's oke..kite gerenti boleh buat punya lah..:)..5J2..gegarkan ict korang :D

budak budak yang selalu tak balas mesej saya
razeen,farest,ashraf husaini,azmi kamarudin,abg salim
sorry kalau ada kecikkan ati anda anda..kadang kadang saya tak sengaja pun buat macam tu..tapi..kadang kadang tu saya tak tau apa salah saya..yelah..semua orang pernah buat salah..just wan to say sorry kat awak..:'(

dan..kepada yang membaca ni..kalau ada salah silap..maafkan ziqa ea..doakan ziqa capai cita cita ziqa yang nak jadi penjaga zoo tu..amin :')
haziqah berkata terima kasih ♥♥

2 Oct 2012

sewaktu nyawaku dicabut

at 23:42 2 10000 yang berkata


Semoga kita insaf dan menjadi pelajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku k
abur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.Derita sngguh.nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan
itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran
suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku. "Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku,
aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......".
Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.
" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan
islam, matilah dalam agama yahudi.....".
Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan
itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah
yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak
pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh
dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad
ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".
Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan".Dan kini
baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah
dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Keengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?".
"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong !!!! 

haziqah berkata terima kasih ♥♥

1 Oct 2012

trail spm tamat sudah :')

at 20:31 0 10000 yang berkata


sebenarnya dah lama habis..saja nak update lagi...wahaha..
susah kot exam kali ni..memang lah..mana ada exam senang.gila tu namanya -_-
macam biasa..ada yang meningkat..ada yang menurun
tak banyak A kali ni *cehh ayat macam kau selalu dapat 10A je ea*
jeles dengan bebudak lulus addmath..sebab saya gagal addmath :'(
cikgu cakap
"alaa..normal lah budak gagal addmath"
"abis..jessice kelas sebelah yang dapat 90 tu tak normal ea cikgu ?"
haha..oke oke..maaf jessice..gurau gurau

ni seminggu sebelum exam....


"alah..takpe larh..seminggu kot...it's oke punya lah"


ni esoknya nak exam


huuuhhh...apebende buku ni merepekkk ??
*lagi lagi sub addmath*

sebelum masuk dewan


ohh god..ni belum baca..ohhh..ni pun..eh eh..kau baca yang mana erk ?


time dah dapat kertas and mula exam





time dah siap..tapi...tengok budak sebelah



hek elleh..ape lagi yang deorang merepek kat kertas tu ? aku nak jawap ape ni ? huhu..fail lah aku gini

keluar dari dewan time last paper...




i wish i could be smart without studying..tapi mana boleh..hang kenalah usahak lebihh..tu lah hang..pemalas..
yaa.kejayaan takkan datang bergolek..even kite nak masak kek pun,still kene belajar dulu kan..macam tu lah nak berjaya :D

kadang kadang,bila aku dapat soalan exam..
mereka sering tanya aku BENDA yang aku tak tahu
then,
aku akan bagi mereka jawapan yang mereka tak tahu :)
tu namanya adil ^_^

the next exam i will make my bed just like the addmath book
like this

eh eh..hangpa kan dah tak sekolah tahun depan
aah lah..haha..:)
haziqah berkata terima kasih ♥♥

19 Sept 2012

thanks a lot mia comel

at 20:55 0 10000 yang berkata



suare tak dengar..memang konsepnya gitu..
ada tulis tulis,lagu best dan suara tidak didengar
sorry kalau bende ni low kualiti :'(

tapi bende ni kat belog je ada..kat youtube takde :D tu lah namanya limited adition :')

thank ea mia..dah pakai pun baju awak tu..best..muat tau :D



love it so much..nanti kita kasi awak pulak oke :D

ehem ehem..first time wat video..cer comen cikit..haha



haziqah berkata terima kasih ♥♥

 

♥haziqahtaib♥ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea

copyright by owner haziqah taib